Bisnes tadika adalah bisnes servis. Menjalankan bisnes tadika adalah serupa sebagaimana kita menjalankan bisnes servis lain. Pelanggan mesti puas hati dengan kualiti servis yang diberikan.
Ada 3 pihak yang wajib ada dalam sebuah syarikat tadika:
1. Pihak yang menjadi pakar pendidikan kanak-kanak pra-sekolah.
+ Mereka memastikan kualiti pendidikan untuk pelajar tadika adalah berkualiti. Guru-guru dan pembantu yang terlatih adalah dalam golongan ini.
2. Pihak yang menjalankan pemasaran tadika.
+ Mereka yang bertanggungjawab membawa wang masuk ke dalam akaun tadika.
+ Mereka menjalankan kempen bagi mendapatkan ibu bapa supaya mendaftarkan anak mereka di tadika.
+ Mereka juga bertugas menjalankan aktiviti sampingan untuk pelajar dan ibu bapa. Tujuannya adalah mencipta lebih banyak pendapatan sampingan kepada tadika.
3. Pihak yang mengurus-tadbir perjalanan tadika. Mereka memastikan semua rutin pengurusan dan perakaunan berjalan dengan licin dan lancar.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152404599758114
No comments:
Post a Comment