Friday, 2 May 2014

Dari ABS: Tukar drebar bas....


Pada amnya, proses tumbesaran sesebuah syarikat itu dapat diterangkan seperti ini:
Fasa 1: Antara 0 - 3 tahun. Pada fasa ini syarikat wajib diurus supaya 'survive'. Ini fasa ikat perut.
Fasa 2: Antara 3 - 5 tahun. Pada fasa ini syarikat wajib diurus supaya 'berkembang' dengan cepat. Ini fasa menambahkan pelaburan ke atas operasi syarikat.
Fasa 3: Selepas 5 tahun, syarikat mula stabil dan bisnesnya berkembang pada kadar yang stabil juga.
.
Semasa syarikat dalam fasa survival, semua orang ikat perut, berjimat-cermat, bekerja tanpa mengira gaji, elaun, upah overtime, insurans, KWSP, SOCSO,....
Selepas 3 tahun, terbukti syarikat dapat survive, tidak bungkus. Pasaran sudah mula tahu kewujudan produk kita. Permintaan naik dengan steady....
Kemudian, perkembangan syarikat macam terbantut di situ. Jualan naik tetapi tidak cukup tinggi naiknya. Kenaikan kadar jualan tidak seiring dengan kenaikan kadar keuntungan.... Jualan naik 10% setahun, keuntungan naik 0.5 % sahaja....
Akibatnya syarikat tidak dapat menyimpan banyak wang.... Akibatnya syarikat tidak dapat membiayai rancangan pembesaran bisnes.... Kalau mahu membesarkan bisnes, terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank.
Syarikat tidak bungkus, tetapi kerja-kerja semakin banyak, badan sangat penat, otak tepu. Jualan naik, tetapi macam tidak berbaloi....
.
Pengurus yang pandai mengurus syarikat pada Fasa 1 jarang sekali dia pandai mengurus syarikat supaya berkembang dalam Fasa 2.
Gaya pengurusan yang diperlukan supaya syarikat survive adalah amat berbeza dengan gaya pengurusan yang diperlukan bagi mengembangkan syarikat. Perbezaannya macam apple dan oren.
Di sinilah perlunya Chairman syarikat menukar drebar basnya!
.

No comments:

Post a Comment