Salah satu faktor yang mendorong banyak usahawan muda TER-pilih bisnes yang salah adalah ego mereka.
Sebagai contoh, banyak orang-orang muda yang terpelajar, dan dari keluarga di mana ibu bapa mereka juga terpelajar, mereka cenderung memilih bisnes yang memerlukan modal besar sehingga terpaksa membuat pinjaman bank dan mencagarkan hartanah milik orang tua.
Apabila ego kita ikut masuk campur dalam memilih jenis bisnes yang mahu dibuka, maka kita cenderung memilih bisnes yang mempunyai ciri-ciri:
+ Bisnes itu dapat memperlihatkan 'tanda-tanda kejayaan' sejak hari pertama bisnes itu dibuka.
+ Sebagai pemilik bisnes itu kita akan dipandang sebagai seorang yang mempunyai banyak duit.
+ Bisnes itu memberikan kita peluang keluar rumah dan pergi kerja berpakaian kemas dengan kemeja lengan panjang, bertali leher, duduk di dalam bilik ofis yang berhawa dingin, tidak terkena terik matahari.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152402735808114
No comments:
Post a Comment