Saturday, 31 May 2014

Dari ABS: Memimpin Tim Bisnes


Stail memimpin perkumpulan orang bisnes tidak boleh sama dengan stail memimpin persatuan ataupun badan NGO.
Orang-orang bisnes mempunyai ciri-ciri personaliti mereka sendiri, yang menjadikan mereka berbeza daripada individu dalam kelompok lain.
.
Antara ciri-ciri personaliti orang bisnes:
+ Mereka tidak sabar menunggu lama-lama sementara ketua membuat keputusan bisnes. Mereka mahukan keputusan yang cepat.
+ Keputusan yang 'salah' pun tidak mengapa, asalkan ada keputusan yang hendak dijalankan. Mana-mana yang 'salah' dapat dibetulkan dari masa ke masa. Yang penting kerja berjalan.
+ Mereka mahu tengok projek bergerak.
+ Mereka tidak mahu tengok banyak mesyuarat dan orang bercakap, bercakap, bercakap. Mereka mahu action. Cakap sedikit, buat kerja banyak.
+ Mereka mahu tengok duit mula masuk.
Biarpun kecil, biarpun cuma seringgit dua ringgit, asalkan ada tanda-tanda bahawa memang betul projek itu boleh menghasilkan duit. Mereka tahu bagaimana menjadikan duit kecil menjadi duit besar.
Jalan terus!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152449892518114

Dari ABS: Mengurus Persepsi dalam FB


Dunia bisnes adalah dunia persepsi. Apa yang kita tulis berkenaan diri kita menjadi asas persepsi orang-orang lain terhadap siapa diri kita.
Faktor utama yang mencipta persepsi positif dalam bisnes adalah kredibiliti.
+ Jangan tulis apa-apa dalam FB melainkan hal itu menaikkan kredibiliti kita sebagai orang bisnes yang profesional.
+ Jangan post apa-apa foto melainkan foto itu menaikkan kredibiliti kita.
.
Banyak perkara, meskipun nampaknya macam perkara simpel, namun ia perlu diurus dengan betul. Ini supaya orang mendapat persepsi yang positif tentang diri dan personaliti kita sebagai orang bisnes.
Bermula dengan foto profail FB kita. Muka siapakah yang kita jadikan topeng kita? Gunakan foto wajah kita sendiri.
Gunakan nama kita sendiri. Bukan nama-nama samaran seperti di bawah:
"Kuli Batak"
"Katak Puru"
"Penyamun Tarbus"
"Tukang Sapu Sampah"
"Cikgu Cabuk" dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152449660898114

Friday, 30 May 2014

Kesan Negatif Teguran

Situasi seperti dalam surat di bawah ini kerap berlaku. Niat yang betul, teknik yang salah. Penyakit asal tidak sembuh, penyakit baru yang lebih serius pula timbul.
Pekerja melakukan beberapa jenis kesalahan. Towkay menegur kesalahan mereka secara terbuka dan secara berkelompok. Niat si towkay adalah supaya mereka tahu apa kesalahan mereka dan supaya kesalahan itu tidak dibuat lagi. Namun, selepas ditegur lain pula yang berlaku.
.
Apabila teguran dibuat oleh towkay, teguran itu menghasilkan kesan yang lebih parah ke atas self-esteem atau maruah pekerja yang ditegur itu, dibandingkan apabila teguran itu dibuat oleh ketua mereka.
1. Apabila mempunyai staff, lantik seorang menjadi ketua mereka. Tugas-tugas menegur staff dipindahkan kepada si ketua.
2. Hantar si ketua belajar teknik menegur yang betul.
------
Surat yang saya terima:
Salam Puan Ainon, saya banyak membaca posting puan dalam FB dan banyak yang saya belajar daripadanya.
Saya nak bertanya 1 soalan kepada puan, mungkin puan boleh memberi pandangan dari sisi yang berbeza.
Saya membuka sebuah kedai makan. Baru-baru ini saya ada menegur pekerja saya tentang kerja yang dibuat oleh mereka dan juga beberapa perkera yang saya rasakan perlu untuk ditegur.
Sejak saya tegur mereka, situasi kerja yang sebelum ini ceria bertukar menjadi suram. Saya jadi sedikit tertekan dan sentiasa memikirkan, adakah salah sekiranya saya menegur mereka.
Saya juga terfikir untuk bertanya secara 'face 2 face' dengan mereka, tetapi saya mendapat nasihat dari seseorang bahawa lebih baik untuk berdiam diri.
Saya buntu dan juga tertekan dengan situasi ini dan menyebabkan saya hilang tumpuan dan selalu termenung serta berdiam diri.
Adakah saya terlalu sensitif? Saya amat-amat perlukan nasihat daripada seseorang yang boleh membantu saya. Amat berharap puan dapat memberi pandangan dan juga nasihat.
Puan AEI
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152448783193114

Dari ABS: Jangan Disiasat!



Apabila kita menjalankan bisnes, ada kalanya partner ataupun staff kita telah melakukan kesilapan yang menyebabkan syarikat mengalami kerugian. Malah kita pun mungkin pernah melakukan kesilapan yang merugikan syarikat.
+ Jangan disiasat!
Jangan ditanya-tanya. Jangan dikorek-korek.
Jangan dianalisis perkara-perfara telah berlaku atas alasan kita hendak memastikan faktor-faktor yang menyebabkan kerugian itu berlaku.
+ Jangan mempersalahkan partner ataupun staff kita.
Biarpun memang partner kita melakukan kesilapan teknikal, jangan mempersalahkan dia. Tidak ada partner yang sengaja mahu menyebabkan kerugian kepada syarikat miliknya sendiri.
+ Absorp atau terima sahaja kerugian itu.
Jalan terus. Fikirkan bagaimana kita dapat membuat keuntungan di tempat lain pula, supaya pada akhirnya syarikat kita tetap untung.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152447195753114

Thursday, 29 May 2014

CONVERSION RENDAH, APA KENA BUAT ?



Di sini saya nak share..

Kalau conversion rendah, apa yang kita perlu buat ?
Conversion di fb ads adalah peratusan pembeli dari
trafik (klik) rendah, bawah 1%.

Conversion (CR) = (jumlah pembeli / jumlah klik ) x 100%

Jika ikut standard internet marketing, peratusan CR yang perlu diperolehi sekurang-kurangnya 1%. (jika B2B, CR nya lebih rendah lagi)...

Jom lihat printscreen ni..

Pada tarikh 26 dan 27 May;

CR nya adalah kurang dari 1%

26 April - 7 pembeli dari 1759 klik, CR = 0.4%
27 April - 9 pembeli dari 1457 klik, CR = 0.62%

Bila CR rendah, ROI juga boleh jadi rendah..dan NETT PROFIT juga boleh jadi rendah...

Jadi, untuk pembaikan (OPTIMIZATION), saya telah buat ANALISIS terlebih dahulu.

========================
APA KEMUNGKINAN YANG SEBABKAN CR RENDAH ?
========================

Dalam kes ni, didapati;

1. PLACEMENT - Dalam iklan terawal, 26 & 27 May, paparan mobile menyumbang 30% trafik (klik). Produk yang dijual adalah produk pakaian! Dari pengalaman dan kajian lalu, kebanyakan pembeli membeli produk pakaian melalui PM (page messages). Iklan yang disasarkan pada paparan mobile berkemungkinan menyebabkan conversion menjadi rendah, lebih-lebih lagi di waktu malam! (Orang susah nak buat bayaran terus apabila layari fb melalui mobile)

2. COPYWRITING - Copywriting digunakan agak panjang! Produk pakaian biasanya memerlukan ayat copywriting yang pendek. RINGKAS TAPI PADAT! Point-point dibanyakkan, dan satu ayat satu row sahaja digunakan!

3. AYAT CALL TO ACTION - Ayat call to action tak dijumpai oleh prospek kerana kedudukannya berada di bawah..Ramai malas untuk baca ayat copywriting sehingga habis! (Tu ramai komen - " PM harga" )

4. HARGA - Harga diletakkan di bahagian bawah ayat copywriting. Seperti sebelum ni, orang MALAS NAK MEMBACA!

=======================
TINDAKAN PEMBAIKAN/OPTIMIZATION YANG TELAH DIBUAT
========================

1. PLACEMENT - Iklan bagi paparan mobile dihentikan! Iklan hanya disasarkan pada paparan desktop newsfeed sahaja!

2. COPYWRITING - Ayat copywriting dipendekkan, dikemaskan! Headline terus diubah kepada headline jenis promosi, dan harga diletakkan pada headline.

3. AYAT CALL TO ACTION - Orang kata, harga tak boleh dibagitau awal! Tapi dalam kes ini, gambar bertindak sebagai "mesej yang menjual"! Jadi, harga diletakkan di headline, dengan memasukkan unsur DISKAUN/HARGA PROMOSI..Memandangkan produk jenis ini 'lebih menjual pada gambar', ayat call to action (CTA) diletakkan di bahagian awal copywriting..Di row ke - 3-4!

4. HARGA - Harga diletakkan di bahagian awal, di headline! Mesej jualan telah dapat disampaikan pada gambar, so boleh la letak harga (harga promosi ada headline)

Dan dari pembaikan (OPTIMIZATION) yang dibuat, perubahan ketara berlaku, iaitu pada 28 May...

CR telah naik, dari 0.5-0.6% BERTUKAR menjadi 2.67 % (kenaikan 4-5 kali ganda)

Bila CR naik, ROI juga naik..dari 1 - 3 ROI, naik jadi 12 ROI (return on investment)

Bila ROI naik, NETT PROFIT juga naik...Dari RM100 - RM300, naik jadi RM500 - RM600. (Itupun jumlah klik tak naik tinggi lagi)

Bila ROI, CR dah tinggi camni, TINDAKAN SETERUSNYA ADALAH UNTUK NAIKKAN NETT PROFIT...

Untuk naikkan NETT PROFIT, kita perlu naikkan TRAFIK/KLIK...iaitu dengan penambahan AD SET/ADS dan juga BAJET..

BEGITULAH...

Mungkin anda boleh mula buat monitoring dan optimization bagi setiap ads yang anda bina.

SELAMAT BERAMAL!


https://www.facebook.com/sifufesbukads/photos/a.435235603196814.106213.428835237170184/666040210116351

Tuesday, 27 May 2014

Dari ABS: Kerja Hakiki Orang Bisnes


Menurut pakar-pakar psikologi kejayaan, orang bisnes memang mempunyai ciri-ciri psikologis yang membezakan mereka daripada orang bukan bisnes.
Sebagai contoh, orang bisnes mempunyai 'need for achievement' yang sangat tinggi. Dalam bahasa mudah 'need for acheivement' adalah kehendak mahu menjadi orang yang berjaya.
Jadi, apabila 'kehendak kepada kejayaan' itu sangat tinggi, kita sanggup bekerja terlalu kuat demi mencapai kejayaan dalam bisnes kita.
.
Namun, kerja kuat sahaja tidak cukup bagi mencapai kejayaan dalam bisnes. Banyak orang bisnes yang sangat kuat bekerja, namun bisnes mereka tidak berkembang sebagaimana yang sepatutnya.
Sebagai contoh, selepas 10 tahun membuka bisnes, jualan syarikat belum mencapai RM1j sebulan. Sedangkan kita bekerja macam tidak cukup hari....
.
Orang bisnes mesti bekerja kuat dalam kerja-kerja hakiki orang bisnes. Ertinya, kita mesti tahu kerja-kerja hakiki kita. Lakukan yang itu. Lakukan kerja-kerja itu dengan bersungguh-sungguh.
Sebagai contoh, membanyakkan kawan-kawan baru adalah kerja hakiki orang bisnes. Jadi, keluarlah. Pergilah berjumpa dengan orang-orang bisnes yang belum kita kenali. Berkawan-kawanlah dengan mereka.
Serahkan kerja-kerja yang lain kepada partner ataupun kepada staff.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152442167678114

Monday, 26 May 2014

Dari ABS: Pintu Keluar


Banyak peniaga tidak mampu 'bersara' walaupun usia sudah tua. Jika mereka berhenti menjalankan bisnes, duit pun berhenti masuk. Terpaksalah mereka terus bekerja meskipun hati sudah mahu bersara.
Situasi seperti ini dapat dielakkan dari awal. Rancang bagaimana kita akan bersara daripada menjadi pekerja kepada bisnes kita sendiri.
.
Bukan semua orang mahu membesarkan bisnes mereka sehingga terpaksa mengurus berpuluh-puluh ataupun beratus-ratus staff. Bukan semua pemilik butik mahu memiliki kilang pakaian. Bukan semua pemilik restoran mahu membuka cawangan.
Memang banyak pemilik bisnes yang seronok menjalankan bisnesnya sebagai suatu kecintaan-hati. Bisnes mereka adalah karya seni mereka. Segala sesuatu pada bisnesnya adalah pencaran jiwa seninya.
Bisnes mereka adalah life-style mereka!
.
Bagi mereka dalam kategori ini, mereka memerlukan exit-plan.
Apakah yang perlu mereka lakukan kepada bisnes mereka apabila mereka sudah tua? Serahkan kepada anak? Jual bisnesnya? Tutup macam itu sahaja?
Bagaimana pula dengan sumber kewangan peribadi mereka? Bagaimana dengan staf mereka?
Kita perlu merancang dari sekarang exit-plan yang baik. Sebagai contoh, jika mahu menjual bisnes yang ada, apa langkah-langkah yang perlu diambil supaya nilai bisnes itu tinggi semasa dijual. Dengan itu penjualan tersebut sangat menguntungkan kita.
.
Exit-plan sangat penting kerana:
+ Kita mempunyai staf. Adalah tanggungjawab kita memikirkan kebajikan mereka apabila kita sudah tidak mahu meneruskan bisnes kita.
+ Kita mungkin mempunyai hutang-hutang kepada pembekal, bank, finance dan lain-lain.
+ Selepas kita tutup bisnes, dari manakah pendapatan kita akan datang?
.
Kita juga mempunyai tanggungjawab moral kepada staf kita. Walau apa sekalipun plan-plan bisnes kita, staf kita mestilah menjadi sebahagian daripada plan kita itu.
Pelan exit wajib disediakan untuk bisnes kita. Apabila kita menetapkan pelan exit, kita akan pilih tahun bila kita mahu exit. Kita akan pastikan kita sudah memiliki harta yang cukup pada tahun itu.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152440079943114


Dari ABS: Bisnes Lain, Diri Kita lain


Semasa mula-mula membuka bisnes, kita adalah bisnesman, kita juga salesman. Kita menjual diri kita, bisnes kita, dan produk kita.
Salah satu kesilapan yang kerap kita lakukan adalah apabila menggabungkan diri kita dengan bisnes kita, dan juga dengan produk kita.
Bisnes dan produk kita bersatu, sehingga produk kita sudah menjadi identiti kita. Akibatnya kita mem-personalkan produk kita.
Apabila orang tidak menyukai produk kita, kita kecewa. Kita anggap orang itu juga tidak menyukai diri kita. Sikap yang menyatukan diri kita dengan bisnes kita adalah sikap yang menyukarkan kita menjalankan urusan bisnes kita.
Asingkan bisnes daripada diri kita. Orang tidak suka produk kita. Itu sahaja. Baiki produk. Walaupun orang itu mengkritik produk kita, jangan ambil hati. Dia bukan mengkritik diri kita.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152438500958114

Sunday, 25 May 2014

Dari ABS: Tip berbual-bual untuk orang bisnes....


Berbisnes adalah berkawan-kawan. Lebih banyak berkawan, lebih mudah menjalankan bisnes.
1. Apabila berbual-bual dengan orang yang baru diperkenalkan, pilih topik yang ringan-ringan sahaja.
2. Jangan pilih topik yang mudah membawa perbezaan pendapat, seperti isu agama dan isu politik.
3. Pilih topik kegemaran orang itu, terutamanya topik hobi dan kegilaannya.
4. Banyakkan mendengar sahaja dan angguk-angguk.
5. Jangan bertanya hal-hal peribadi orang itu, seperti di mana dia berasal, di mana dia bekerja, siapa isterinya, sudah naik haji ataupun belum, dan lain-lain.
6. Banyakkan bersetuju dengan pandangan dan idea-idea yang dikemukakan oleh orang itu.
7. Apabila tidak bersetuju, simpan pendapat kita dalam hati sahaja. Lain kali kita sudah tahu topik-topik yang dia suka dan tidak suka. Yang penting orang itu suka berkawan dengan kita.
8. Jaga hubungan baik. Ini sangat penting.
Nota penting: Orang hanya mahu menyerahkan duitnya kepada orang yang disukainya....

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152436238098114

Friday, 23 May 2014

Dari ABS: Program agent development....


Banyak peniaga Melayu mengeluarkan dan mengedarkan sendiri produk-produknya. Mereka menggunakan sistem agent.
Aktiviti pembangunan agent adalah aktiviti yang wajib dijalankan. Banyak peniaga Melayu mengharapkan supaya agent mereka pandai-pandai sendiri belajar menjual produk yang kita bekalkan kepada mereka.
.
Jualan naik hanya apabila:
1. Jumlah agent ditambah
Kita mesti mempunyai strategi dan program bagi mendapatkan lebih banyak agent-agent baru.
2. Kualiti agent meningkat
Ini bermakna kita mesti mempunyai program latihan untuk membolehkan agent-agent kita meningkatkan pengetahuan dan skill-skill bisnes mereka.
3. Agent-agent mesti disokong oleh jabatan pemasaran
Ini bermakna kita mesti menyediakan sales-kit yang diperlukan oleh agent-agent.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152433330743114

Dari ABS: Apakah itu halangan psikologis?


Seandainya kita dihidangkan dengan air sirap berwarna biru dakwat, apakah kita akan meminumnya? Ataupun, kita dihidangkan nasi berwarna merah, apakah kita akan memakannya?
Jika tidak, itu bermakna ada sesuatu di dalam diri kita menghalang kita daripada mahu meminum air sirap itu ataupun memakan nasi itu.
Itulah yang disebut dengan istilah 'halangan psikologis'.
.
Produk-produk lama tetapi yang kelihatan 'lain dan baru' berdepan dengan banyak halangan psikologis. Ini lebih-lebih lagi apabila produk itu jenis yang perlu ditelan!
Air sirap adalah produk lama. Tetapi air sirap berwarna biru dakwat adalah produk lama yang kelihatan lain dan baru. Begitu juga nasi berwarna merah.
.
Banyak peniaga Melayu mengeluarkan produk-produk terkilang yang sebenarnya adalah produk 'lama' tetapi kelihatan sangat 'lain dan baru'. Sebagai contoh,
terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan psikologis.
Produk seperti itu sukar dijual. Agent-agent yang cuba menjualnya terpaksa bercakap banyak, cuba meyakinkan prospek berkenaan keistimewaan produk itu.
.
Produk yang baik adalah produk yang menjual dirinya sendiri. Orang tengok, terus orang mahu beli.
Produk-produk baru yang mudah diterima dan dijual adalah produk yang menyelesaikan masalah-masalah harian.
Bawang putih yang sudah siap terkupas sangat laku di kalangan penjual makanan, dan orang yang memasak untuk kenduri.
Salah satu masalah suri rumah adalah membersihkan ikan bilis. Apabila kedai menjual ikan bilis yang sudah siap dibersihkan, jualannya sangat laku.
Begitu juga dengan santan kotak, bawang goreng dan kerisik.
Salah satu masalah penjual makanan adalah mengupas bawang merah. Seandainya kita dapat menjual bawang merah yang tidak perlu dikupas lagi oleh pengusaha makanan, benda baru macam ini mudah dijual.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152432348698114

Thursday, 22 May 2014

Dari ABS: Membilang Mesin Buat Duit


Sudah berapa mesin duit yang kita miliki?
Dalam buku-buku motivasi bisnes yang ditulis oleh pengarang Amerika, kita diajarkan bagaimana menggunakan orang-orang lain sebagai mesin duit kita.
Dalam erti kata yang lain, sebagai peniaga kita perlu memiliki kemahiran memperalatkan orang-orang lain demi menghasilkan keuntungan bagi diri kita.
.
Dalam mazhab 'orang lain adalah alat', 2 situasi di bawah ini akan muncul:
+ Majikan membayar gaji cukup-cukup sahaja supaya pekerja tidak berhenti.
+ Pekerja bekerja cukup-cukup sahaja supaya tidak dipecat.
.
ABS mengamalkan 'ekonomi persahabatan' atau 'economy of connections'.
Ertinya, sahabat-sahabat kita adalah modal bisnes. Mereka adalah asas kekayaan kita. Dengan mengenali mereka akan muncullah banyak peluang di mana kita dapat membangunkan bisnes bersama-sama dengan mereka.
Banyakkan bilangan sahabat-sahabat kita. Merekalah mesin duit kita yang sebenar!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152430353183114

Tuesday, 20 May 2014

Dari ABS: Formula 50-50 Tidak Betul


Banyak orang yang baru hendak memasuki bisnes tidak mempunyai modal wang yang cukup. Lalu mereka mencari rakan-kongsi yang mempunyai duit.
Sebagai umpan supaya orang berduit itu mahu memberikan wang modal, dia menawarkan formula 50-50 dalam pembahagian keuntungan dengan rakan kongsi.
.
Formula 50-50 ini nampaknya macam sangat logik dan adil. Maklumlah kedua-dua pihak menerima bahagian sama banyak.
Tetapi, banyak belaku kes di mana pihak yang mula-mula mencadangkan formula 50-50 itu kemudiannya dia sendiri pula yang tidak puas hati dengan hasil aplikasi formula 50-50 itu. Lalu dia yang menarik diri.
.
Benarkah pembahagian keuntungan dengan formula 50-50 itu adil?
Apakah "dapat sama banyak" itu adil?
Oh tidak! Formula "dapat sama banyak" boleh menghasilkan kezaliman.
Formula 50-50 hanya betul dan adil dalam situasi apabila sememangnya kedua-dua pihak menyumbang 50-50 kepada keuntungan. Situasi begitu sukar berlaku!
.
Pembahagian keuntungan semestilah berdasarkan modal yang disumbangkan. Tetapi modal bukan sahaja dalam bentuk duit.
Ada banyak jenis-jenis modal. Setiap jenis modal layak menerima imbuhan yang berbeza.
Contoh jenis-jenis modal bukan-duit yang menyumbang kepada keuntungan projek:
+ Bakat
+ Kelulusan profesional
+ Pengalaman kerja
+ Nama baik
+ Networking
+ Usia
+ Rupa paras dan personaliti
+ Status sosial
+ Track record

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152427265723114

Monday, 19 May 2014

Dari ABS: Mendengar Guruh di Langit, Kita pun Tergopoh-Gapah Membeli Tempayan


Barangkali kita sendiri pernah mengalami situasi yang mirip kes di bawah ini....
Kita berusaha membuka bisnes yang mengharapkan kontrak kerajaan. Kita berjumpa pegawai kerajaan di sana dan di sini. Lalu ada 'orang dalam' memberitahu, kononnya ada kontrak membekalkan alatulis untuk sekolah dan koperasi sekolah. Tetapi syaratnya, kita kenalah mempunyai sebuah kedai buku yang menjual alatulis. Baru kita layak diberi kontrak.
Kita pun buru-buru mencari kedai kosong untuk disewa dan dijadikan kedai buku dan alatulis. Modal membuka kedai buku itu memakan RM70k. Sewa bulanan RM1.5k. Jualan buku dan alatulis slow, mahu membayar sewa bulanan pun tak cukup.
Sampai sekarang habuk tender yang dijanjikan itu pun masih tidak kelihatan!
 Nota: Rupa-rupanya 'orang dalam' yang bercakap itu, dia langsung tidak mempunyai kuasa menganugerahkan kontrak!
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152423266868114

Sunday, 18 May 2014

Dari ABS: Jangan Berani Gagal


Dalam bidang psikologi kejayaan, ada 2 perkataan yang perlu dibezakan: 'rugi' dan 'gagal'.
Perkataan 'gagal' itu adalah suatu perkataan yang melekat pada batang tubuh orang yang gagal itu.
Perkataan 'gagal' menjadi unsur self-definition seseorang.
+ Kegagalan menjatuhkan maruah.
+ Kegagalan mematahkan semangat.
+ Kegagalan menghakis percaya-diri atau self-confidence.
+ Kegagalan mendorong kita berhenti mencuba.
+ Kegagalan mencipta rasa takut dan trauma.
.
Kegagalan melekat macam parut luka. Ia menjadi sebahagian sejarah psikologi seseorang.
Apabila seseorang itu percaya dirinya gagal, dia telah mengalami apa yang diistilahkan sebagai 'kecederaan psikologi' yang parah.
Penyelidikan pakar-pakar psikologi di US mendapati individu-individu yang menganggap dirinya pernah gagal cenderung mengalami kegagalan bersiri, yakni selepas satu kegagalan, dia gagal lagi!
Trauma kegagalan adalah salah satu kategori kecederaan psikologi yang sangat sukar dirawat.
.
Dalam bisnes, tidak ada istilah 'gagal'. Jangan sekali-kali 'kerugian' disamakan dengan kegagalan. Jangan pernah berkata: "Bisnes saya gagal."
Jika bisnes kita lingkup, itu hanya bermakna kita 'rugi'. Kita tidak gagal.
Selepas bisnes kita rugi, kita belajar bagaimana cara berniaga yang betul, yang tidak menyebabkan kita rugi. Ertinya, kita belajar daripada kerugian lalu.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152423017458114

Dari ABS: Kelip-kelip disangka api....


Salah satu kesilapan yang kadang-kadang dilakukan oleh orang yang baru hendak terjuan ke dalam bisnes adalah 'mengejar harapan palsu'.
Sebagai contoh, kita masuk menjadi anggota sesuatu kumpulan bisnes. Kemudian ketua kumpulan bercerita tentang bagaimana kita boleh buat bisnes yang untung besar.
Kita telan cakap-cakap ketua kumpulan kita itu. Tanpa kita memiliki informasi yang betul, kita tidak mampu memastikan apakah yang perkara itu fakta ataupun hanya cerita yang direka-reka bagi menimbulkan keyakinan kita.
Semuanya kita terima sebagai betul. Padahal apa yang disampaikannya itu adalah cerita. Cerita yang membangkitkan harapan palsu.
.
Kita pun memulakan langkah mengejar harapan palsu itu. Sedikit pun tidak disangka apa yang kita kejar itu bukan api, melainkan hanyalah kelip-kelip.
Tetapi langkah mengejar kelip-kelip itu memakan kos yang besar. Ada yang membakar hangus duit pinjaman bank beratus-ratus ribu, duit pampasan VSS, duit caruman KWSP, duit saguhati persaraan....
.
Salah satu perisai yang dapat melindungi kita daripada terpedaya oleh penjual-penjual harapan palsu adalah dengan menjalin networking dengan sesama orang bisnes.
Apabila ragu, kita mempunyai tempat bertanya dan mendapatkan maklumat yang betul.
Inilah salah satu tujuan kita berkafilah-kafilah dalam ABS. Kita saling menjaga keselamatan sesama kita.
Kambing yang dibaham serigala adalah kambing yang keluar dari kumpulan.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152421237463114

Saturday, 17 May 2014

Dari ABS: Sikap Suka Menang


Barangkali kita pernah berjumpa dengan individu yang memiliki personaliti 'orang suka menang'.
+ Apabila bermain, dia suka menang.
+ Apabila berbincang, dia suka menang.
+ Apabila berdebat, dia suka menang.
+ Apabila berunding, dia mahu memang.
+ Apabila berkonflik, dia mahu menang.
+ Apabila berebut, dia mahu menang.
+ Apabila bertanding, dia mahu menang.
Orang yang sentiasa mahu menang adalah orang yang tidak memiliki skill menangguhkan Kemenangan.
Barangkali kita sendiri memiliki ciri-ciri personaliti macam itu, tidak banyak, tetapi sedikit-sedikit mungkin ada pada kita.
Dalam berbisnes, sikap sentiasa suka menang, dan mahu memang, adalah sikap yang berisiko menghasilkan banyak kekalahan, kerugian, dan kegagalan dalam bisnes.
.
Dalam proses perundingan yang membawa kepada perjanjian gencatan senjata di Hudaibiah, Nabi kita (bacalah salawat) mengalah dalam SEMUA 10 perkara yang dimahukan oleh pihak musuh. Selepas 2 tahun berada dalam posisi pihak yang kalah rundingan, barulah Nabi memperoleh Kemenangan.
Pelajaran daripada peristiwa itu: Belajar menangguhkan Kemenangan!
.


https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152416967658114

Wednesday, 14 May 2014

Dari ABS: Apa itu bisnes 'licensing' atau 'pelesenan'?


Seandainya tuan mempunyai wajah yang tampan ataupun jelita, wajah tuan adalah harta intelek milik tuan.
Tuan boleh 'lesenkan' penggunaan wajah tuan kepada pihak lain. Mereka membayar yuran pelesenan kepada tuan.
Sebagai contoh, tuan boleh lesenkan dan kenakan yuran RM5k setahun kepada sebuah syarikat pengedar beras yang mahu menggunakan foto wajah tuan pada beg-beg berasnya.
.
Bisnes pelesenan tidak sama dengan konsep bisnes francais.
Bisnes pelesenan adalah dengan menyewakan harta intelek. Selagi kita memiliki sebarang bentuk harta intelek, kita berpeluang membuat duit dengan menyewakan harta intelek kita itu.
Contoh:
Label 'ABS' adalah harta intelek. Ia dimiliki oleh syarikat ABS Holding Sdn. Bhd. Justeru, label 'ABS' dapat disewakan kepada pihak-pihak lain dengan menggunakan perjanjian licensing.
.
Banyak rangkaian hotel antarabangsa yang terkenal adalah dibangunkan dengan menggunakan konsep licensing.
Rangkaian-rangkaian hotel itu bukan rangkaian francais.
Bangunan hotel-hotel mereka yang di Malaysia adalah dimiliki oleh syarikat tempatan. Syarikat perhotelan yang menguruskan hotel-hotel itu adalah syarikat tempatan.
Syarikat perhotelan tempatan itu hanya menyewa secara pelesenan hak penggunaan nama rangkaian hotel antarabangsa itu sahaja.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152413956478114

Dari ABS: Francaisor


Di sana sini kita akan terjumpa orang bisnes yang menyimpan hasrat mahu memfrancaiskan bisnes mereka.
Ada yang baru setahun jagung berbisnes namun sudah memasang niat satu hari nanti dia mahu francaiskan bisnesnya.
Ada yang masih muda belia tetapi sudah bercakap tentang membuka bisnes yang dapat difrancaiskan.
Mereka macam percaya benar dengan idea kononnya menjadi francaisor adalah lebuhraya menuju kejayaan dan kekayaan pantas dalam bisnes.
.
Risiko adalah sebahagian daripada bisnes.
Jika kita mempunyai bisnes yang sudah terkenal selama berbelas-belas tahun sekalipun, hal itu tidak menjamin apabila ia difrancaiskan, ia akan terselamat daripada risiko kegagalan.
Banyak faktor boleh menyebabkan francais kita gagal. Perubahan konsep adalah salah satu daripada banyak faktor itu.
.
Pernah sebuah kedai nasi lemak yang sangat terkenal di Kpg Baru, Kuala Lumpur, berjaya menjadi francaisor dan memfrancaiskan bisnes nasi lemaknya.
Salah sebuah outletnya dibuka di Wangsa Maju. Si francaisee menyewa 2 pintu kedai.
Outlet itu menggunakan imej restoran antarabangsa yang mahal.
Sunyi sepi... staff yang beruniform cantik duduk melangut memerhatikan orang lalu-lalang tetapi tidak singgah.
.
Kedai nasi lemak yang asal adalah ala-ala kedai makan selera kampung. Ia sangat popular. Itulah model originalnya.
Apabila difrancaiskan, konsep kedai ala-ala kedai makan selera kampung itu telah ditukar kepada konsep restoran taraf antarabangsa.
Konsep sudah ditukar....
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152412663708114

Tuesday, 13 May 2014

Dari ABS: Cara betul mula berfikir tentang bisnes....


Jangan fikir produk dahulu. Ini tidak betul. Kesilapan ini banyak berlaku. Belum apa-apa kita sudah memikirkan produk apa yang hendak dibikin dan dijual.
Belum apa-apa sudah memikirkan mahu pinjam duit bank mana bagi mendapatkan modal. Sudah difikirkan geran tanah mana yang mahu dicagarkan. Ini silap besar!
Belum apa-apa sudah memikirkan hendak buka francais apa. Bukan macam itu!
Fikirkan segmen kustomer dahulu. Segmen mana yang kita mahu buat bisnes dengan mereka.
.
Saya ulang, fikirkan segmen kustomer dahulu. Saiz 'kustomer' itu sangat besar.
Jangan fikir 'kustomer'. Fikir 'segmen kustomer'. Segmen mana yang kita mahu buat bisnes dengan mereka.
Banyak peniaga Melayu tidak menetapkan dengan spesifik segmen kustomernya. Ini tidak betul.
Contoh:
Mereka cuma berkata: "Saya nak jual jus kurma."
Apabila ditanya: "Mahu jual jus kurma kepada siapa?"
Mereka jawab: "Kepada sesiapa sahaja yang mahu jus kurma."
INGAT! Jangan buat 1 pasang kasut untuk kaki semua orang!
.
Dengan bahasa lain, mesti dikenalpasti duit dari dompet siapa yang kita mahu ambil?
+ Tetapkan dahulu dengan segmen kustomer mana kita mahu menjalankan bisnes kita. Dengan remaja lelaki? Dengan remaja perempuan. Dengan remaja bandar anak orang kaya?
+ Kenal pasti apa citarasa, perangai dan tingkah laku kustomer segmen itu. Apa perangai remaja lelaki, anak orang kaya bandar?
Baru mula fikirkan soalan cepu emas: Apakah kehendak mereka?
.
CDM (customer development model) ini sangat penting. Jika kita tidak lakukan kerja-kerja membangunakan kustomer, bisnes kita akan terkial-kial hendak membesar.
Dalam grup ABS ini, ahli yang paling berjaya membangunkan kustomer untuk produknya adalah Tuan Syaizul Amal.
Brand 'AinMaisarah' tidak pernah wujud. Beliau mencipta produk-produk yang menggunakan label AinMaisarah. Dari label AinMaisarah, beliau bangunkan brand AinMaisarah. Beliau membangunkan penggemar dan pembeli produk-produk AinMaisarah.
.
PTS mengambil masa 3 tahun, barulah kami rasa 'macam sudah kenal' apa ciri-ciri sebenar segmen kustomer buku-buku PTS.
Sebelum itu, kami rasa macam sudah kenal. Namun, tetapi banyak kesilapan berlaku. Ini terbukti apabila buku-buku yang diterbitkan tidak berapa laku.
Sejak awal-awal, sebelum PTS dibuka, saya sudah tetapkan segmen kustomer untuk buku-buku agama PTS adalah:
+ Usia mereka di bawah 40 tahun.
+ Mungkin mereka tidak tahu membaca huruf Arab.
+ Hidup dengan gaya modern.
+ Berpendidikan tinggi.
+ Suka membaca.
Semua buku agama PTS dipakejkan supaya memudahkan segmen kustomer itu faham apa yang dibacanya.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152411855138114