Wednesday, 23 July 2014

Dari ABS: URGENT lawan IMPORTANT


Terdapat banyak prinsip, teknik dan tip-tip dalam pengurusan waktu. Masing-masing pakar pengurusan waktu mengemukakan tip-tip masing-masing. Ada tip-tip yang sukar diikuti, ada yang mudah diikuti.
.
ABS mengesyorkan prinsip ini: Bezakan apa yang URGENT dan apa yang IMPORTANT.
Kita sebagai orang bisnes, tugas kita adalah fokus pada melaksanakan perkara-perkara yang IMPORTANT, bukan perkara-perkara yang URGENT.
Serahkan perkara-perkara URGENT kepada staff. Biar mereka yang menguruskannya.
.
Contoh membezakan apa yang URGENT daripada apa yang important:
+ Apabila HP kita berbunyi, call yang masuk itu mungkin URGENT, mungkin IMPORTANT.
Banyak peniaga gaya-towkay akan angkat semua call. Yang URGENT diangkat, yang IMPORTANT pun diangkat.
Lama-lama si towkay banyak menggunakan masa-bisnesnya melayan hal-hal URGENT sampai tidak ada masa menjalankan kerja-kerja yang IMPORTANT.
Tip!
Tengok nama siapa yang call. Jika nama itu nama caller URGENT, jangan angkat.
Jika kita angkat, kita sebenarnya menggalakkan dia supaya call lagi lain kali. Padahal urusannya itu staff kita boleh handle, tak payahlah kita sendiri handle.
.
Kita boleh tengok di sekeliling kita, peniaga yang sibuk dengan kerja-kerja URGENT, bisnesnya lambat berkembang. Ataupun, sudah berkembang, menguncup semula.
Contoh perkara IMPORTANT:
Selepas cuti raya, ABS Holdings akan mula melaksanakan program "Kempen Marketing 100 Hari" untuk rangkaian Tadika ABS.
Tuan Direktur kempen 100 hari ini adalah Tn. Yusry Yusopp.
Kempen itu adalah untuk 'local marketing'. Targetnya adalah menaikkan angka pendaftaran pelajar.
Jabatan Marketing sudah mendesain SOP marketing untuk dilaksanakan oleh pengurus tiap-tiap cawangan Tadika ABS. Pengurus tadika tak payah berfikir. Buat sahaja arahan dalam SOP itu!
Aktiviti 'menjual' - ini kerja URGENT.
Aktiviti 'marketing' - ini kerja IMPORTANT.
...

No comments:

Post a Comment