Tuesday, 22 July 2014

Dari ABS: Bergaduh Kerana Duit Banyak

Lazimnya kita sangka, apabila syarikat tidak ada duit, kita susah, jadi dalam keadaan susah itu kita lebih mudah berselisih faham dan bergaduh dengan sesama rakan-kongsi.
Maklumlah, masalah tidak ada duit memang menimbulkan banyak masalah lain. Tidak dapat membayar gaji, sewa, bil utiliti, dan macam-macam perbelanjaan lain.
.
Sebenarnya dalam realiti, masalah tidak cukup duit bukan punca utama sesama rakan-kongsi berkonflik dan bergaduh!
Malah masalah tidak cukup duit boleh mendorong sesama rakan-kongsi semakin kuat bekerjasama demi memastikan syarikat mereka dapat keluar daripada masalah itu.
.
Bahaya yang lebih besar muncul apabila syarikat mula membuat banyak duit!
Tetapi, pergaduhan bukan berlaku disebabkan duit yang banyak. Oh tidak!
Pergaduhan berlaku disebabkan sesama rakan-kongsi TIDAK SEFAHAMAN berkenaan bagaimana duit yang banyak itu dibelanjakan!
Ini berlaku apabila syarikat itu tidak mempunyai sistem menguruskan duit yang banyak itu dengan betul.
Masing-masing rakan-kongsi mempunyai pendapat sendiri bagaimana duit yang banyak itu sepatutnya diuruskan. Inilah punca pergaduhan yang utama. Masing-masing tidak puas hati dengan cara duit dibelanjakan.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152571512283114

No comments:

Post a Comment