Wednesday, 23 July 2014

Dari ABS: Menurunkan Kuasa Menggunakan Duit Syarikat


Jangan jadi towkay. Orang pandai dan berbakat tak mahu berkuli dengan towkay. Mereka akan cari pekerjaan lain. Staff kita asyik keluar masuk. Yang corot sahaja yang kekal dengan kita.
Turunkan kuasa kepada staff. Biar mereka yang mengembangkan duit kita. Baru mereka kuat bekerja. Ingat! Staff kita adalah mesin duit kita.
.
Apakah yang dimaksudkan apabila kita menurunkan kepada staff kuasa menggunakan duit syarikat?
+ Membuat pembelian untuk syarikat?
+ Menandatangani cek syarikat?
+ Membeli barang untuk syarikat dan kemudian claim balik?
+ Mengeluarkan duit syarikat dan membelanjakannya untuk kegunaan syarikat?
.
Apabila kita memberi kuasa kepada staff membelanjakan duit syarikat inilah maknanya:
+ Syarikat sudah menentukan bajet-bajet tahunan.
+ Bajet-bajet itu diberikan untuk jenis-jenis perbelanjaan.
+ Bajet tahunan itu dipecahkan kepada bajet harian, mingguan, bulanan, suku tahunan, setengah tahunan.
+ Staff diberitahu jumlah bajet yang dia boleh belanjakan untuk menjalankan tugasnya.
+ Staff yang diberi bajet itu tidak mempunyai kuasa menandatangani cek-cek syarikat.
+ Cek-cek ditandatangani oleh orang lain.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152561957258114

No comments:

Post a Comment