Banyak syarikat kecil Melayu mengeluarkan produk. Kemudian tuan punya syarikat itu muncul di televisyen mempromosi produknya.
Buat beberapa ketika, produknya laku. Kemudian produk itu tidak timbul-timbul lagi.
Tuan punya syarikat itu tidak mempunyai duit lagi bagi membiayai iklan di televisyen. Dia pun tidak muncul-muncul lagi di skrin televisyen mempromosi produknya.
Daya ingatan penonton televisyen amat singkat. Apabila kita menggunakan televisyen bagi memasarkan produk, saat kita tidak muncul lagi di televisyen, penonton akan lupa.
.
Televisyen adalah media yang dicipta untuk Budak-Budak Besar memasarkan produk mereka.
Budak-Budak Besar mempunyai bajet pemasaran berjuta-juta ringgit setiap tahun. Berapakah bajet pemasaran kita setiap tahun?
Syarikat-syarikat besar mampu melaksanakan kempen promosi produknya dalam televisyen, tahun demi tahun, bertahun-tahun, tanpa henti-hentinya, bagi memastikan pembeli takkan sempat melupakan produknya.
Kita peniaga kecil. Biar bagus macam mana sekalipun produk kita, kalau kita tidak mampu membeli masa iklan televisyen, kita takkan dapat memasarkan produk kita.
Benarkah?
.
Budak-Budak Besar mempunyai televisyen. Tetapi kita peniaga kecil mempunyai internet.
Internet adalah padang budak-budak kecil. Dalam padang ini, apabila kita mahir menggunakannya, kita dapat menjalankan bisnes kita, dan kita boleh berjaya.
Malah, tidak mustahil dalam padang internet ini kita berpeluang mengalahkan Budak-Budak Besar itu!
Ini sudah berlaku dalam industri muzik, akhbar, majalah, dan industri pengedaran buku.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152558904933114
No comments:
Post a Comment