Tuesday, 22 July 2014

Dari ABS: Bajet - Bisnes Turun Naik Turun Naik

Bajet adalah peta dan perisai bisnes kita.
Barangkali kita kenal orang bisnes yang bisnesnya turn, naik, turun, naik. Sekejap bisnesnya tiba-tiba membesar. Sekejap bisnesnya menguncup.
Sekejap dia membuka bisnes baru. Sekejap dia tutup bisnes lama. Kemudian dia buka bisnes baru lagi.
Ada masanya jumlah pekerjanya naik sampai 60 orang. Kemudian angka itu turun, sampai tinggal 5 orang. Kemudian naik balik.
Pernah duit tunai syarikatnya dalam bank naik sampai beratus ribu. Pernah pula sampai tinggal RM10.
.
Salah satu faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mengembangkan syarikat kita dengan betul adalah disebabkan kita tidak menggunakan bajet bisnes.
Apabila kita membuat rancangan mahu membesarkan bisnes dengan tidak menggunakan bajet, hal itu adalah berisiko besar. Jangan sekali-kali dibuat.
Tanpa adanya bajet sebagai panduan, kita mudah menyalahgunakan duit syarikat. Kita membeli benda-benda yang tidak diperlukan untuk bisnes. Maklumlah, duit ada dalam bank.
.
NOTA: Mahukah tuan kita adakan kursus bagaimana membuat bajet yang paling simple, paling basik?
Taip MAHU.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152568838003114

No comments:

Post a Comment