Dalam bisnes, duit adalah alat kerja. Tidak lebih, tidak kurang. Lebih banyak duit, lebih banyak kerja yang dapat dilakukan.
Gunakan duit bagi mendorong dan memudahkan staff kita membuat lebih banyak duit.
Jangan kita yang teruk-teruk bekerja siang malam sebab hendak mencari duit. Biar duit yang bekerja siang malam untuk kita.
.
Cara kita mengurus dan menyimpan duit syarikat adalah faktor nombor satu syarikat kita terkial-kial hendak mengembangkan bisnesnya!
Tukar cara kita mengurus wang syarikat, nanti baru staff rancak bekerja.
.
Banyak towkay mahukan staffnya bekerja seolah-olah syarikat itu adalah syarikat mereka sendiri.
Di satu pihak towkay mahu staffnya rajin, komited, jujur dan amanah. Di satu pihak lagi si towkay ponjot duit syarikat macam tiram simpan mutiaranya. Tidak ada staff yang tahu berapa banyak duit syarikat. Hanya towkay seorang yang tahu. Dia simpan duit syarikat macam dia simpan kad pengenalannya.
.
Kita jangan jadi towkay. Orang pandai dan berbakat tidak mahu berkuli dengan towkay.
+ Mereka berasa diri mereka tidak dipercayai.
+ Mereka berasa kepintaran mereka diperendah-rendahkan.
+ Mereka berasa diri mereka diperalatkan supaya si towkay dapat menjadi kaya sorang-sorang.
Staff yang pintar dan berbakat akan mencari pekerjaan lain. Mereka bekerja di syarikat kita sementara belum mendapat tawaran dari majikan lain yang lebih baik.
Apabila kita bersikap towkay dengan duit, staff kita asyik keluar masuk. Staff yang corot sahaja yang kekal mahu bekerja dengan kita.
.
Turunkan kuasa duit kepada staff.
Biar staff yang membelanjakan duit syarikat. Biar mereka yang mengembangkan duit kita. Inilah gaya pengurusan korporat yang semua towkay kena belajar.
Apabila staff dapat membelanjakan duit syarikat, barulah mereka kuat bekerja.
Ingat! Staff kita adalah mesin duit kita.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152562520158114
No comments:
Post a Comment