Barangkali kita pernah menerima tawaran dari orang berduit. Mereka sanggup memberi modal, manakala kita yang menjalankan bisnes.
Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum mengambil duit orang bagi memulakan bisnes kita:
+ Tengok siapa yang memberi duit modal itu. Kalau dia orang makan gaji, besar kemungkinan orang itu nanti akan banyak mengganggu kerja-kerja kita. Lama-lama perangai orang itu boleh menyebabkan kita sakit hati dan menyesal mengambil duitnya.
+ Banyak pemodal tidak sanggup menunggu lama. Dalam masa 3 bulan dia sudah mahukan duit keuntungan dari modalnya. Sedangkan dalam 3 bulan bisnes belum apa-apa, jangankan hendak dapat keuntungan.
+ Cara-pikir orang makan gaji sangat berbeza dengan cara-pikir orang bisnes. Orang makan gaji suka meeting, meeting, meeting. Dalam meeting mereka akan banyak bertanya itu ini, segala mak nenek tentang perjalanan bisnes dia mahu tahu, padahal dia cuma pelabur.
+ Kalau dia tidak puas hati dengan cara kita melayan kerenahnya, nanti dia takut duitnya hilang, lalu dia minta duit modalnya balik. Ini kerap berlaku apabila kita tidak menandatangani sebarang perjanjian pelaburan dengan orang itu.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152567176943114
No comments:
Post a Comment