Tuesday, 22 July 2014

Dari ABS: Strategi Menetapkan Harga

Strategi Unta Masuk Kepala
Ingat lagi kisah bagaimana seekor unta berjaya masuk ke dalam khemah Badui? Mula-mula si unta kata dia cuma mahu masukkan kepalanya sahaja, lama-lama dia dapat memasukkan seluruh badannya dan menolak si Badui keluar dari khemahnya.
Strategi ini disebut dengan istilah 'strategi penetrasi'.
Kita sengaja tawarkan harga lebih rendah daripada harga produk dari pemain yang sedia ada dalam pasaran.
Biar rugi pun tidak mengapa, yang penting orang membeli dan orang kenal produk kita.
Berapa lamakah kita perlu menawarkan harga rendah? Selagi kita mampu, demi meluaskan pasaran yang mahu ditakluki.
Apabila kita sudah berjaya mengambil pasaran itu, perlahan-lahan kita naikkan harga!
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152569648868114

Strategi 'makan bubur panas'
Apabila kita makan bubur panas di dalam mangkuk, bukankah kita senduk bubur dari bahagian paling atas, makin lama makin ke bawah?
Mula-mula, pertama kali kita perkenalkan produk ke dalam pasaran, letakkan harga paling tinggi, kemudian sedikit demi sedikit turunkan harga.
Objektif kita menurunkan harga adalah supaya lebih banyak orang dapat membeli, dengan itu lebih luas pasaran yang dapat ditawan.
Kita bermula dengan membuat untung dalam pasaran orang kaya. Kemudian kita buat untung dari pasaran orang yang berduit, begitulah seterusnya, makin lama makin kita turun ke pasaran paling bawah.
Kita buat untung secara lapis demi lapis. Sehingga habis bubur dalam mangkuk itu.
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152571244813114

No comments:

Post a Comment