Tuesday, 22 July 2014

Dari ABS: Mengurus Duit Bisnes


Dua skill ini adalah sangat berbeza:
+ Skill membuat duit
+ Skill mengurus duit
Antara 2 skill itu, skill yang manakah yang lebih penting?
+ Kalau kita pandai membuat duit, tetapi sangat tidak pandai mengurus duit, lama-lama kita boleh terjerumus ke dalam beban hutang bisnes yang berat.
+ Kalau kita tidak berapa pandai membuat duit, cuma pandai sedikit-sedikit, tetapi disebabkan kita sangat pandai mengurus duit yang sedikit itu, lama-lama kita boleh menjadi kaya.
.
Banyak peniaga Melayu mempunyai skill membuat duit. Macam-macam cara mereka membuat duit. Macam-macam bisnes dijalankan. Terbukti memang duit masuk!
Majoriti peniaga Melayu tahu mereka cuma pandai membuat duit, tidak pandai mengurus duit.
Mereka berat hati hendak mengambil staff yang dapat membantu menguruskan duitnya kerana berasa:
+ Syarikatnya masih kecil. Syarikat besar sahaja memerlukan eksekutif kewangan.
+ Syarikatnya belum mampu membayar gaji eksekutif kewangan. Tunggu dahulu sampai syarikat sudah banyak duit.
+ Bisnesnya masih berjalan baik. Duit masih masuk, malah makin banyak duit masuk.
+ Tunggulah dulu, apabila sudah tidak sanggup mengurus sendiri barulah boleh diambil eksekutif kewangan.
Lama-lama apabila keadaan kewangan sangat kelam-kabut dan parah, manakala LHDN sudah mengeluarkan surat denda, waktu itu baru mereka cuba mencari bantuan pakar percukaian.....
.

https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152570772888114

No comments:

Post a Comment