Ada peniaga yang berasa main strategi agresif dan strategi defensif adalah 2 perkara yang sama. Tidak! Tidak sama. Ia ibarat epal dan oren, tidak serupa dan tidak sama.
Kes contoh 1: Strategi defensif
Kita mempunyai kedai restoran yang laris jualannya. Kemudian kedai sebelah tutup. Kita takut kalau kedai kosong itu disewa oleh orang lain, dan penyewa baru itu membuka restoran, nanti rosak bisnes kita.
Disebabkan kita mahu memastikan supaya kedai itu tidak dijadikan restoran, kita pun ambil keputusan menyewa kedai itu! Kemudian, kita terbeban oleh sewa bulanan kedai itu.
Kesilapannya adalah, kita mengeluarkan duit bagi membiayai fikiran-fikiran negatif kita! Tidak ada bukti kedai kosong itu akan dibuka menjadi restoran. Semuanya cuma dalam kepala kita sahaja.
.
Kes contoh 2: Bukan strategi defensif, tetapi tindakan agresif tidak kena tempat.
Kes contoh 2: Bukan strategi defensif, tetapi tindakan agresif tidak kena tempat.
Syarikat kita mengeluarkan tudung. Kemudian desain tudung kita ditiru oleh syarikat lain. Kita takut perbuatan syarikat itu akan merosakkan bisnes kita. Lalu kita ambil peguam bagi menyaman syarikat itu.
Kes sudah 3 tahun berjalan. Yuran peguam sudah naik belas-belas ribu. Kes masih berjalan.... Lebih banyak duit akan keluar membayar yuran peguam.
Tidak ada jaminan peguam kita dapat memenangkan saman kita. Jangan-jangan kita kalah kes.
Sementara itu trend tudung sudah berubah! Desain-desain terbaru sedang merebak dalam pasaran.
.
Di sebalik keputusan dan tindakan negatif adalah sikap persaingan. Kita tidak mahu ada pesaing. Jadi kita sekat kemunculan pesaing. Ataupun, kita ketuk pesaing yang sudah muncul.
Di sebalik keputusan dan tindakan negatif adalah sikap persaingan. Kita tidak mahu ada pesaing. Jadi kita sekat kemunculan pesaing. Ataupun, kita ketuk pesaing yang sudah muncul.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152545509668114
No comments:
Post a Comment