Apabila kita berniaga, ada 2 perkara yang mesti dilakukan:
1. Menjaga duit syarikat
Duit syarikat dijaga supaya tidak hilang, tidak bocor, tidak dibelanjakan pada tempat yang salah.
Alat yang digunakan bagi menjaga keselamatan duit adalah SOP-SOP kewangan.
Peniaga ala-towkay tidak mementingkan penggunaan SOP-SOP kewangan kerana semua urusan yang melibatkan duit dia jaga sendiri.
Tanpa SOP, keselamatan duit syarikat sukar dijaga daripada dirompak orang. Perompak duit syarikat yang utama adalah si towkay sendiri!
Banyak peniaga Melayu adalah juga perompak duit syarikatnya sendiri. Mereka tidak mengasingkan antara duit milik syarikatnya dan duit milik peribadinya.
.
2. Mengembangkan duit syarikat
Setakat kita menjaga keselamatan duit syarikat, tidak cukup. Bank lebih pandai menjaga keselamatan duit kita!
Duit modal mestilah dikembangkan, supaya duit itu semakin hari semakin berkembang, semakin beranak-pinak, semakin banyak. Inilah tujuan kita membuka syarikat dan menjalankan perniagaan.
.
Alat yang digunakan bagi mengembangkan duit adalah:
+ Dokumen perancangan bisnes - business plan.
Dokumen ini menerangkan rancangan pelaburan-pelaburan yang akan dijalankan oleh syarikat. Sebagai contoh, pada tahun 2015 ABS akan membuka:
40 buah Tadika ABS
20 buah Akademi Al Quran ABS
5 buah Sekolah Bakat ABS
20 buah Akademi Al Quran ABS
5 buah Sekolah Bakat ABS
.
+ Dokumen bajet - peruntukan kewangan.
Dokumen bajet menerangkan semua jenis perbelanjaan yang diperlukan bagi tujuan melaksanakan rancangan-rancangan bisnes yang sudah disediakan.
Sebagai contoh, ABS perlu merancang keperluan kewangan bagi membuka 40 tadika, 20 akademi al Quran, dan 5 sekolah bakat.
Bajet itu juga menerangkan strategi yang akan digunakan bagi mendapatkan sumber modal tambahan yang diperlukan.
.