Dua item ini adalah alat bagi mengembangkan bisnes kita:
+ Rancangan bisnes - business plan
+ Bajet
Kedua-duanya disediakan bersama-sama, dan dilaksanakan bersama-sama.
.
+ Jangan belanjakan duit dengan tidak ada business plannya.
Banyak peniaga melakukan kesilapan ini. Dia main buat business plan sendiri-sendiri. Business plannya ada dalam kepalanya. Rakan-kongsninya pun tak tahu.
Tiba-tiba dia hendak besarkan restoran. Dia pun gunakan duit syarikat untuk pecahkan dapur dan besarkan dapur.
Terkejutlah rakan-kongsinya. Projek pecah dapur tidak pernah dibincangkan. Tidak ada dalam business plan. Tidak ada dalam bajet.
.
+ Jangan buat rancangan bisnes sahaja, dengan tidak membuat bajetnya.
Ini satu lagi kesilapan banyak peniaga Melayu. Dia bercakap kepada rakan-kongsinya dia hendak buat itu, hendak buat ini, bagi membesarkan bisnes.
Dia hendak beli van supaya dapat buat penghantaran lebih cepat. Rakan-kongsinya setuju, tetapi dia tidak buat bajet.
Tiba-tiba dia beli van Totota brand new! Terkejutlah rakan-kongsinya.
Apatah lagi, 6 bulan kemudian terbukti aliran tunai syarikat tidak mampu membayar ansuran bulanan van itu.
Macam mana tak sakit hati si rakan-kongsi....
.
+ Jika sudah ada bajet, jangan melaksanalan rancangan bisnes dengan melanggar bajet!
Ini pun kesilapan yang selalu dilakukan oleh peniaga. Kita sudah ada bajet.
Kemudian kita tidak gunakan bajet itu apabila membelanjakan duit syarikat.
Kes perbelanjaan lari dari bajet adalah salah satu punca-punca awal yang menyebabkan bisnes bungkus.
.
Perkara-perkara macam itulah yang mudah menimbulkan perasaan tidak puas hati dengan rakan-kongsi. Lama-lama bergaduh, akhirnya bercerai-berai... Bisnes yang baru hendak maju, menguncup semula.
Apabila kita berniaga dengan main ikut kepala sendiri sahaja, sesama rakan-kongsi yang baik dan alim pun boleh bergaduh. Bak kata orang, kopiah dan serban pun boleh bergunjingan.
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152572379303114