Dari ABS: Apa Itu Kredibiliti?
Kredibiliti adalah sejauh mana kita dapat menaruh kepercayaan
kepada kata-kata yang diucapkan oleh orang itu.
Bagi orang bisnes, kredibiliti adalah salah satu modal kekayaan.
Orang-orang lain mahu menjalankan urusan bisnes mereka dengan kita
selagi mereka menaruh kepercayaan kepada diri kita dan kata-kata yang kita ucapkan.
selagi mereka menaruh kepercayaan kepada diri kita dan kata-kata yang kita ucapkan.
.
Seseorang itu dikatakan sangat kredibel apabila beliau dilihat sebagai:
+ Mempunyai ilmu pengetahuan dalam perkara yang dipercakapkannya.
Kata-kata seorang doktor dianggap kredibel
apabila si doktor bercakap hal-hal kedoktoran.
Apabila si doktor bercakap tentang muzik,
dia mungkin dianggap tidak cukup kredibel
bagi memperkatakan hal-hal dunia muzik.
+ Memiliki skill melakukan perkara yang dipercakapkannya.
Jika si doktor itu bercakap tentang isu-isu kedoktoran,
tetapi banyak pesakit yang datang ke kliniknya komplen
bahawa sakit mereka tidak sembuh,
dan hanya sembuh selepas dirawat oleh doktor di klinik lain,
maka si doktor itu juga tidak dianggap kredibel oleh pesakitnya.
+ Tidak menyembunyikan kepentingan peribadinya.
Jika si doktor dilihat sebagai seorang yang mempunyai kepentingan peribadi
di sebalik nasihat yang diberikan kepada pesakitnya,
dia juga akan dianggap seorang doktor yang tidak kredibel.
No comments:
Post a Comment