Cik Puan Nazira Noran menulis di facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir
"Tuan Shamsuddin Kadir.. Berikan contoh2 bisnes yang boleh membuatkan orang lain bertambah miskin. Maksudnya yang kaya dia seorang? Adakah bersalah untuk orang yang kaya disebabkan bisnesnya berjaya membuatkan dia kaya?
---------------------------------------
Cik Puan Nazira yang dirahmati Allah, lagi dimuliakan,
Apabila kita menjual servis ataupun produk yang diperlukan oleh orang lain mengikut keperluan mereka itu adalah barangan yang tidak membuatkan orang lain bertambah miskin. Ini Insyaa Allah berkat.
Contohnya beras, gula, baju, ilmu, kereta, rumah, hutang (pembiayaan bank), hardware, kedai makanan, gunting rambut, komputer, handphone.
Mempengaruhi orang untuk membeli produk kita, itu yang banyak menjadikan orang bertambah miskin TANPA KERELAAN MEREKA.
Contohnya komputer di rumah masih elok, tetapi disebabkan kita mempengaruhi 'pelanggan' supaya membeli komputer baru, kita sudah menjadikan orang lain bertindak berbelanja di luar kemampuan dan membuatkan mereka menghabiskan duit yang amat penting untuk kegunaan lain.
Contohnya, mereka sudah tiada hutang dan tidak memerlukan hutang baru, kita mempengaruhi mereka supaya buat hutang baru seperti hutang pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, maka sekiranya kita mempengaruhi mereka, kita sudah membuat duit dengan cara yang bertentang dengan surah An Nisa' 29.
Contohnya kita mempunyai ilmu, dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut kursus-kursus kita, sedangkan duit yang mereka ada itu ada banyak lagi keperluan penting dan wajib yang perlu mereka gunakan duit tersebut, tetapi disebabkan kita mempengaruhi mereka untuk datang, mereka sudang kehilangan duit ataupun membayar kursus kita secara berhutang (kad kredit), dan ini membuatkan kita menanggung hutang.
Contohnya kita menjual barangan hardware, kita mempengaruhi orang supaya menukar kepala paip sink dapur kita yang tidak rosak, dengan alasan untuk menambah seri dan sebagainya (taktik-taktik mempengaruhi) maka ianya sudah membuatkan orang yant tidak perlu berbelanja perlu berbelanja.
Jual hardware dengan tidak mempengaruhi orang lain, seperti yang berlaku dikebanyakan kedai hardware, iaitu orang datang dengan kerelaan dan juga membuat keputusan.
Apabila kita berniaga, usahakan supaya orang tahu bahawa ktia berniaga dalam servis ataupun produk itu. Bawa akhlak (jujur, amanah, tabligh, Fatanah), Insyaa Allah setiap sen yang kita dapat itu adalah halal lagi berkat (Wallahu A'lam).
Sekarang hampir dalam semua bidang ada orang yang menjadikan dirinya kaya dengan MEMPENGARUHI ORANG LAIN SUPAYA MENJADI LEBIH MISKIN. Iaitu mempengaruhi orang lain, tanpa memberikan orang itu 100% kuasa untuk berfikir dahulu, untuk menangguh membuat keputusan membeli.
Tidak memberikan keburukan (sekiranya ada) juga antara tindakan MEMPENGARHUI YANG DITEGAH DI DALAM ISLAM, kerana ianya sudah tidak menepati ciri SIDDIQ iaitu Jujur dan AMANAH.
Insyaa Insya Allah = IA pertanyaan cik puan ini menambahkan lagi pahala cik puan kerana ianya membantu orang lain juga menambahkan pemahaman tentang Berkat Niaga Insyaa Allah.
Wallahu A'lam (Hanya Allah yang tahu segala dan sebenar-benarnya, saya hanya menulis berdasarkan ilmu yang saya pelajari, dan ianya boleh jadi 100% tidak betul, sekiranya Allah tidak mengajar saya apa yang saya masih jahil)
Lain sekolah, lain ajarannya, raikan perbezaan selagi mana diberkati oleh Allah.
nota di atas ini tulisan tuan shamsuddin Kadir
No comments:
Post a Comment