Thursday, 9 January 2014

Siapakah Pembeli Sebenar Produk Kita?

ini nota buat diriku..

siapakah PEMBELI SEBENAR produk kita?

mentor content marketing berpesan,
' lebih baik kita jual produk kepada 1000 orang yang kita kenali, daripada kita menjual produk kepada 10,000 orang yang kita tidak kenali'

Disini saya ingin kongsikan kepada anda,
bagaimana saya mengenali siapakah pelanggan sebenar saya.

tip pertama - buat customer profiling.
-------------------------------------------
customer profiling bertujuan untuk mengenalpasti 'dimana' pembeli sebenar berada, mereka mungkin :

1) Gender ( lelaki/wanita atau kedua-duanya )
2) Age ( 25 - 30 )
3) Location ( Selangor ) 
4) Relationship status ( bujang, berkahwin, engaged).
5) Pekerjaan ( masih belajar, bekerja )
6) Minat/interest 
7) lain-lain yang dirasakan perlu untuk describe si pembeli.

Selepas siap customer profiling.
kita cuba wujudkan satu karakter si pembeli melalui data yang kita dapat daripada customer profiling. 

tip kedua - buat customer avatar
--------------------------------------
customer avatar - kita 'create seorang pembeli sebenar' dan berikan karakter-karakter kepada dia. seperti :

1) Gender : Wanita
2) Nama : Nurul
3) Umur : 25 tahun
4) Tempat Tinggal : Shah Alam ( menyewa )
5) Status : Berkasih/in relationship
6) Pekerjaan : Kerani 
7) Gaji Bulanan : RM1,900 ( Bersih/simpanan : RM200)
8) Handphone/Smartphone : Samsung Galaxy Note II
9) Kenderaan : Viva standard, kaler silver, pakai rim sport.
10) Hobi/Minat : suka tengok bola, fans MU, suka tudung fareedah, suka makan kat luar(tak pandai masak), suka majalah anis, suka jalan-jalan hujung minggu dengan Rosman,27 - BF.
11) Masalah Nurul : lemak diperut, pinggul, peha, bawah lengan.
12) Keinginan/Impian Nurul: mahu slim, buang lemak, kurus langsing & sihat , cergas tanpa perlu exercise dengan kerap ( sebab takde masa/malas nak exercise - jogging)
13) Ketakutan Nurul : takut bf tengok perempuan lain, body tak slim, tak cergas, mengantuk, cepat penat, berat badan naik.
14) lain-lain yang dirasakan perlu untuk describe Nurul (targeted prospek)

Sekiranya kita mempunyai 3 manfaat produk, kita boleh hasilkan 3 customer avatar yang berbeza. 3 customer avatar ini mestilah mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Kemudian, barulah kita mula tulis copywriting/content marketing untuk iklan FB atau Post berdasarkan :
1. Masalah prospek
2. Jantina
3. keinginan mereka untuk menyelesaikan masalah
4. Umur .
5. Lokasi 
6. income
7. lain-lain..

Mentor copywriting berpesan.
' bagi mendapatkan conversion rate yang berbeza kita perlu hasilkan banyak kempen iklan yang berbeza (split test). Dengan cara ini kita dapat tingkat conversion rate yang kita mahukan' dan juga mengenalpasti dimana sebenarnya pelanggan kita berada.

Untuk permulaan, cuba kita kenali manfaat/kelebihan produk kita terlebih dahulu.kemudian, tulis sebanyak mungkin manfaat/kelebihan produk kita yang tidak ada pada produk pesaing.

Selepas itu, barulah kita kaji siapakah PEMBELI SEBENAR produk kita yang berbeza dari segi jantina, umur, tempat tinggal, income, karakter, lifestyle, penggunaan bahasa dan lain-lain.

semoga bermanfaat.

---
Perkongsian dari tuan Amir faisal.
---

No comments:

Post a Comment