Tip berniaga :: Utk melebarkan rangkaian perniagaan anda,
anda perlu
1: kenalpasti potensi perniagaan
2. Kenalpasti team pengurusan
3. Beri tanggungjawab
4. Beri kepercayaan 100%
5. Pantau perniagaan tersebut
6.Tambahbaik
*nota ini catatan tuan baharuddin
Thursday, 27 March 2014
Wednesday, 26 March 2014
Dari ABS: Tip-tip Menaikkan Karisma
Apakah itu karisma?
Karisma adalah salah satu unsur dalam daya pengaruh. Justeru karisma sangat berguna bagi orang bisnes.
Unsur karisma dapat dinaikkan. Inilah berita bagusnya!
.
Buku-buku tentang karisma yang ada dalam pasaran adalah tulisan pakar-pakar Barat.
Pakar-pakar itu memberi tip-tip karisma daripada kajian mereka ke atas individu-individu karismatik dalam masyarakat Barat.
Sebagai contoh, supaya karisma kita naik, mereka memberi tip supaya kita melibatkan diri dalam sukan lasak. Sukan lasak memberi imej kita seorang yang sangat sihat, bertenaga, aktif, berani dengan cabaran.
Contoh sukan lasak yang bagus untuk menaikkan karisma: Ski air, menunggang kuda, payung terjun, mountain bike dll.
.
Nabi Muhammad (bacalah salawat) adalah seorang yang sangat karismatik. Beliau bercakap sedikit, namun orang terpengaruh.
Cik Puan Nazira Noran menulis di facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir
"Tuan Shamsuddin Kadir.. Berikan contoh2 bisnes yang boleh membuatkan orang lain bertambah miskin. Maksudnya yang kaya dia seorang? Adakah bersalah untuk orang yang kaya disebabkan bisnesnya berjaya membuatkan dia kaya?
---------------------------------------
Cik Puan Nazira yang dirahmati Allah, lagi dimuliakan,
Apabila kita menjual servis ataupun produk yang diperlukan oleh orang lain mengikut keperluan mereka itu adalah barangan yang tidak membuatkan orang lain bertambah miskin. Ini Insyaa Allah berkat.
Contohnya beras, gula, baju, ilmu, kereta, rumah, hutang (pembiayaan bank), hardware, kedai makanan, gunting rambut, komputer, handphone.
Mempengaruhi orang untuk membeli produk kita, itu yang banyak menjadikan orang bertambah miskin TANPA KERELAAN MEREKA.
Contohnya komputer di rumah masih elok, tetapi disebabkan kita mempengaruhi 'pelanggan' supaya membeli komputer baru, kita sudah menjadikan orang lain bertindak berbelanja di luar kemampuan dan membuatkan mereka menghabiskan duit yang amat penting untuk kegunaan lain.
Contohnya, mereka sudah tiada hutang dan tidak memerlukan hutang baru, kita mempengaruhi mereka supaya buat hutang baru seperti hutang pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, maka sekiranya kita mempengaruhi mereka, kita sudah membuat duit dengan cara yang bertentang dengan surah An Nisa' 29.
Contohnya kita mempunyai ilmu, dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut kursus-kursus kita, sedangkan duit yang mereka ada itu ada banyak lagi keperluan penting dan wajib yang perlu mereka gunakan duit tersebut, tetapi disebabkan kita mempengaruhi mereka untuk datang, mereka sudang kehilangan duit ataupun membayar kursus kita secara berhutang (kad kredit), dan ini membuatkan kita menanggung hutang.
Contohnya kita menjual barangan hardware, kita mempengaruhi orang supaya menukar kepala paip sink dapur kita yang tidak rosak, dengan alasan untuk menambah seri dan sebagainya (taktik-taktik mempengaruhi) maka ianya sudah membuatkan orang yant tidak perlu berbelanja perlu berbelanja.
Jual hardware dengan tidak mempengaruhi orang lain, seperti yang berlaku dikebanyakan kedai hardware, iaitu orang datang dengan kerelaan dan juga membuat keputusan.
Apabila kita berniaga, usahakan supaya orang tahu bahawa ktia berniaga dalam servis ataupun produk itu. Bawa akhlak (jujur, amanah, tabligh, Fatanah), Insyaa Allah setiap sen yang kita dapat itu adalah halal lagi berkat (Wallahu A'lam).
Sekarang hampir dalam semua bidang ada orang yang menjadikan dirinya kaya dengan MEMPENGARUHI ORANG LAIN SUPAYA MENJADI LEBIH MISKIN. Iaitu mempengaruhi orang lain, tanpa memberikan orang itu 100% kuasa untuk berfikir dahulu, untuk menangguh membuat keputusan membeli.
Tidak memberikan keburukan (sekiranya ada) juga antara tindakan MEMPENGARHUI YANG DITEGAH DI DALAM ISLAM, kerana ianya sudah tidak menepati ciri SIDDIQ iaitu Jujur dan AMANAH.
Insyaa Insya Allah = IA pertanyaan cik puan ini menambahkan lagi pahala cik puan kerana ianya membantu orang lain juga menambahkan pemahaman tentang Berkat Niaga Insyaa Allah.
Wallahu A'lam (Hanya Allah yang tahu segala dan sebenar-benarnya, saya hanya menulis berdasarkan ilmu yang saya pelajari, dan ianya boleh jadi 100% tidak betul, sekiranya Allah tidak mengajar saya apa yang saya masih jahil)
Lain sekolah, lain ajarannya, raikan perbezaan selagi mana diberkati oleh Allah.
nota di atas ini tulisan tuan shamsuddin KadirNetworking
BINA NETWORKING DENGAN MANUSIA 5%.
95% manusia berfikir "apabila ada duit, tahulah aku apa yang mahu dirancang". Mereka terlupa. Hakikat Nyata sebaliknya.
Adakan dulu peta ditangan. Perancangan menjadikan kita pintar peluang. Mahirkan diri membaca peluang. Buat duit. Peta ditangan inilah yang menjadikan Tuan Ikram Al-Banjari tinggal 3 tahun di Ho Chi Minh City. Peta ditangan beliau sungguh jelas.
Mereka yang menyertai kelas Dunia Pelaburan memberitahu saya betapa mudahnya apabila ada ilmu. Mereka hari hari buat duit pada kaunter patuh syariah. Tentu sahaja saya bertanya kepada kumpulan pelajar Thorbaek dalam dunia pelaburan. 5% pelajar thorbaek Hj Mohd Asri. Nama nama seperti Tuan Azhar Mokhtar, Cikpuan Roslinah Laikoi, PuanRusiah Binti Ahmad adalah contoh pelajar hebat Dunia Pelaburan
Apabila kita ada duit, cari projek yang boleh buat duit lagi. Sahabat saya, Jutawan Logam Ir Sofian boleh tunjuk cara dalam Dunia Pelaburan Emasnya. Tuan Naza Jutawanhartanah boleh beri formula jual beli rumah. Dia sudah jual beli rumah lebih dari 300 buah.
Belajar Dunia Internet dengan Tuan Faisal Abdullah. Belajar Copy Writing dari Tuan Muda Aqif Azizan.
Pada tahap seterusnya kita mesti pandai cari orang lain untuk buat duit.
Inilah yang dibuat oleh Tuan Coach Baharuddin Mohamed, Ceo Sufi Brand dan Doc Nan mahu kongsikan di PULAU JUTAWAN nanti.
Inilah yang dibuat oleh Tuan Coach Baharuddin Mohamed, Ceo Sufi Brand dan Doc Nan mahu kongsikan di PULAU JUTAWAN nanti.
Bernetworking dengan manusia 5%.
Buat Peta. Duit datang dari arah yang tidak disangka sangka.
Buat Peta. Duit datang dari arah yang tidak disangka sangka.
Pada setiap duit yang dilabur dalam dunia "ngaji", ia akan mengganda 10 kali. Pada setiap ribu yang kita keluarkan ia mengganda sepuluh ribu. Patuhi dua peraturan:
1. Berguru dengan GURU yang betul.
2. Pastikan dalam kelas itu ada teman teman yang betul.
2. Pastikan dalam kelas itu ada teman teman yang betul.
Saya sentiasa ingat 3 pesan Puan Guru Ainon Mohd.
(Saya ubahsuai berdasarkan nota sendiri, bukan apa yang dia ucap)
(Saya ubahsuai berdasarkan nota sendiri, bukan apa yang dia ucap)
1. Siapakan Peta d Tangan sebelum mula berjalan.
Tulis dengan pensil supaya mudah dipadam, tatakala berdepan liku dan simpang. Jalan Terus.
Usah berhenti setiap kali mendengar anjing menyalak.
Nanti kita tidak kesampaian.
Tulis dengan pensil supaya mudah dipadam, tatakala berdepan liku dan simpang. Jalan Terus.
Usah berhenti setiap kali mendengar anjing menyalak.
Nanti kita tidak kesampaian.
2. PINTAR PELUANG. Perceptual Intelligence. Berfikir pada aras tinggi.
3. Jadi orang kaya. Alirkan sungai pahala.
BAGAIMANA PULA MAHU BERNETWORKING DENGAN MANUSIA 5%.
Lakarkan CV kita pada kanta penglihatan mereka.
Berada pada ufuk benderang dalam cerah suluhan cahaya.
Senjatanya pada suara. Sepatah kita bermula ia lekat pada irama gegendang telinga buat selamanya. Ia meresap ke lubuk jiwa.
Berada pada ufuk benderang dalam cerah suluhan cahaya.
Senjatanya pada suara. Sepatah kita bermula ia lekat pada irama gegendang telinga buat selamanya. Ia meresap ke lubuk jiwa.
nota ini ialah tulisan Dato' Roslan Ab Hamid
Dari ABS: Apa Itu Kredibiliti?
Kredibiliti adalah sejauh mana kita dapat menaruh kepercayaan
kepada kata-kata yang diucapkan oleh orang itu.
Bagi orang bisnes, kredibiliti adalah salah satu modal kekayaan.
Orang-orang lain mahu menjalankan urusan bisnes mereka dengan kita
selagi mereka menaruh kepercayaan kepada diri kita dan kata-kata yang kita ucapkan.
selagi mereka menaruh kepercayaan kepada diri kita dan kata-kata yang kita ucapkan.
.
Seseorang itu dikatakan sangat kredibel apabila beliau dilihat sebagai:
+ Mempunyai ilmu pengetahuan dalam perkara yang dipercakapkannya.
Kata-kata seorang doktor dianggap kredibel
apabila si doktor bercakap hal-hal kedoktoran.
Apabila si doktor bercakap tentang muzik,
dia mungkin dianggap tidak cukup kredibel
bagi memperkatakan hal-hal dunia muzik.
+ Memiliki skill melakukan perkara yang dipercakapkannya.
Jika si doktor itu bercakap tentang isu-isu kedoktoran,
tetapi banyak pesakit yang datang ke kliniknya komplen
bahawa sakit mereka tidak sembuh,
dan hanya sembuh selepas dirawat oleh doktor di klinik lain,
maka si doktor itu juga tidak dianggap kredibel oleh pesakitnya.
+ Tidak menyembunyikan kepentingan peribadinya.
Jika si doktor dilihat sebagai seorang yang mempunyai kepentingan peribadi
di sebalik nasihat yang diberikan kepada pesakitnya,
dia juga akan dianggap seorang doktor yang tidak kredibel.
Subscribe to:
Posts (Atom)