Thursday, 7 May 2015

Apabila kita hendak mengeluarkan produk, produk kita itu mesti digemari oleh siapa?

Apabila kita hendak mengeluarkan produk, produk kita itu mesti digemari oleh siapa?
+ Pengguna?
+ Pengedar?
+ Pekedai?
Peniaga Melayu tidak mempunyai ilmu tentang apa yang disebut 'value chain'. Hasilnya, mereka mengeluarkan produk dengan ilmu yang sangat sedikit.
Akibatnya, mereka membakar duit puluhan ribu ringgit bagi membayar kilang OEM yang mengeluarkan produk-produk Melayu.
Yang kaya, towkay kilang OEM.
Yang lehernya terbelit oleh hutang bank, peniaga Melayu yang mengkayakan towkay kilang OEM.
.
+ Pengguna mesti suka membelinya.
Banyak peniaga Melayu hanya memikirkan pengguna mesti suka membeli produknya. Itu sahaja. Lain-lain mereka tidak fikir!
Mereka mahu produk yang pengguna mahu beli. Mereka mahukan pakejing yang menarik di mata pembeli. Mereka fikirkan harga yang sanggup dibayar oleh pembeli.
Ini sangat berbahaya!
.
+ Pengedar mesti mahu mengedarkannya.
Produk yang ada value kepada pembeli, belum tentu ada value kepada pengedar.
Dalam bisnes, kita tidak boleh membuat produk yang pembeli suka membelinya, tetapi pengedar tidak mahu mengedarkannya.
Pengedar mempunyai kriteria memilih produk macam apa yang mereka mahu mengedarkannya. Pertama-tama, setiap pengedar mempunyai channel masing-masing. Lain pengedar, lain channel mereka.
Produk yang kita keluarkan mungkin tidak sesuai dengan channel pengedar.
.
+ Pekedai mesti mahu mengambilnya.
Produk yang ada value kepada pengedar, belum tentu ada value kepada pekedai.
Kepada pengedar, mereka akan edarkan produk yang pekedai suka ambil sahaja.
Kalaupun kita sanggup beri margin sebesar 50% diskaun kepada pengedar, tetapi jikalau kedai tidak mahu ambil produk kita, pengedar tidak akan pandang sebelah mata kepada produk kita itu.
Pekedai pula mempunyai kriteria sendiri apabila memilih produk yang mereka mahu ambil dari pengedar.
Kedai mereka kecil. Banyak produk lain mahu dipamerkan.
Sebagai contoh, kalau kotak produk kita besar, kedai tidak suka ambil. Kotak besar memakan ruang. Ruang adalah uang!
...

Cara orang bisnes berfikir tidak sama dengan cara 'orang pandai' berfikir.


Cara orang bisnes berfikir tidak sama dengan cara 'orang pandai' berfikir.
Ada satu perkataan yang tidak pernah lekang dalam otak orang bisnes. Perkataan itu adalah 'risiko'.
Mereka yang terdiri daripada 'orang pandai' akan bercakap tentang apa yang 'betul' dan apa yang 'salah'.
.
Bagi orang bisnes, mereka bukan mencari apa yang 'betul' dan apa yang 'salah'. Itu kerja 'orang pandai'.
Orang bisnes berfikir tentang apa yang 'lebih selamat' dan apa yang 'kurang selamat'.
+ Membuka bisnes dengan duit pinjaman bank adalah 'kurang selamat'.
+ Membuka bisnes francais, adalah sangat 'tidak selamat'.
+ Menjadi pengeluar produk secara OEM adalah 'tidak selamat'.
+ Memulakan bisnes pertama dengan membuka kedai adalah 'kurang selamat'.
.

Wednesday, 6 May 2015

Tip persediaan masuk dunia bisnes dengan selamat:

Tip persediaan masuk dunia bisnes dengan selamat:
STEP 1: Kita sendiri yang mesti pilih bisnes apa yang kita mahu tekuni.
Jangan termakan cakap-cakap dan pujuk-rayu orang lain. Kita mesti tahu bisnes apa yang kita mahu.
Jangan tergoda, jangan ditelan bulat-bulat cakap agent dari syarikat francaisor ataupun agent dari syarikat kilang OEM.
Jangan main ikut-ikut orang lain. Kita tengok orang membuka resort di tepi sungai, kita pun membuka resort di tepi sungai.
.
STEP 2: Selepas menetapkan jenis bisnes yang mahu ditekuni, pergi berkuli di syarikat seorang yang sudah berjaya dalam bidang itu.
Sebagai contoh, kita mahu menceburi bisnes kilang tauhu kering. Maka kita pergi bekerja dengan towkay kilang tauhu kering.
Berkuli di kilang itu sampai pandai. Berkuli maksimum 6 tahun. Jadikan majikan syarikat itu guru dan mentor.
.
STEP 3: Apabila sudah pandai, beritahu majikan hasrat kita hendak menjalankan bisnes sendiri dalam bidang yang sama.
Seandainya majikan mahu menjadi pemodal dan pemegang saham dalam bisnes kita itu, maka itulah yang bagus diterima.
Seandainya majikan tidak berminat, minta majikan supaya perkenalkan dan rekomenkan diri kita kepada sahabat baiknya yang mungkin berminat melabur dalam bisnes kita.
.
STEP 4: Minta majikan menjadi orang tengah perundingan.
Minta supaya majikan kita yang merundingkan dengan sahabatnya itu formula dan porsi perkongsian saham dan laba dalam bisnes kita itu nanti.

Tuesday, 30 December 2014

Dari ABS: Memulakan bisnes pertama


Tip dari Seth Godin:
Buat macam ini:
+ Fikirkan projek yang paling kecil yang tuan boleh buat.
+ Projek itu adalah projek yang ada orang sanggup membayarnya.
+ Projek itu menyelesaikan masalah orang itu.
+ Kenakan harga yang lebih murah daripada nilai sebenar projek itu.
+ Tetapi harga itu mestilah lebih mahal daripada kos membuatnya.
Ulang cara itu berkali-kali.

Monday, 18 August 2014

Dari ABS: Jangan takut pelanggan marah-marah....


Banyak peniaga yang baru sahaja mula membuka bisnes, mereka takut hilang pelanggan. Jadinya, mereka cuba ikut sahaja kemahuan pelanggan.
Apa-apa barang yang pelanggan minta, dia akan cuba sedaya upayanya mengadakan barang itu.
Apabila stok sudah habis, jikalau ada pelanggan yang datang mahu membeli, dia bersusah-payah mahu buatkan untuk pelanggan barang itu.
Dia takut pelanggan marah. Apabila pelanggan marah-marah, dia berasa bersalah. Dia takut hilang pelanggan!
.
Pelanggan tidak akan buang kita disebabkan stok sudah habis.
Apabila pelanggan datang dan stok sudah habis, lakukan ini:
+ Beritahu pelanggan di mana barang yang sama ada dijual.
+ Cadangkan barang alternatif yang lebih baik.
+ Terangkan stok memang sudah habis sebab ia sangat laku. Stok baru belum tahu bila akan datang.
+ Minta nombor telefonnya, supaya nanti apabila stok baru sampai, kita boleh beritahu.
.

Saturday, 16 August 2014

Dari ABS: Mengalah kepada Staff


Sebagai pemilik syarikat, lakukan perkara ini:
+ Apabila staff mengemukakan cadangan tentang bagaimana dia mahu menjalankan kerjanya, terima sahaja cadangannya itu.
+ Jika kita tidak berapa faham perkara yang dicadangkannya itu, minta dia terangkan sampai kita faham.
+ Apabila kita sudah faham, terus angguk dan katakan: "Saya setuju. Buatlah!"
.

Tuesday, 12 August 2014

Dari ABS: Strategi Bisnes dan Bajet


Jangan kita buat bajet dengan tidak membuat strategi bisnes.
Begitu juga sebaliknya, jangan kita buat strategi bisnes dengan tidak mempunyai bajet. Ini salah besar!
.
+ Mula-mula kita mesti mempunyai strategi bisnes.
Business-plan adalah komponen paling penting dalam strategi bisnes.
Jangan gunakan duit syarikat dengan tidak menggunakan business-plan sebagai panduan. Ini sangat bahaya!
Jika perkara itu tidak ada dalam business-plan, jangan dibuat!
Contoh: Strategi wealth-creation ABS adalah dalam 2 sektor utama:
(a) Rangkaian pendidikan --> Tadika ABS, Akademi al-Quran ABS, dan Sekolah Bakat ABS.
(b) Aktiviti distribution dan trading dalam sektor produk keperluan domestik.
.
+ Duit diperlukan bagi melaksanakan strategi bisnes.
Bajet akan mengenalppasti sumber-sumber duit, yakni dari mana duit akan datang. Dan berapa banyak duit diperlukan.
Apabila kita sudah kenalpasti sumber-sumber duit, maka kita akan fokus pada kerja-kerja memastikan sumber duit itu dijaga baik-baik.
(a) Sumber duit ABS bagi membuka rangkaian pendidikan --> Saham pelabur dalam syarikat ABS Khadijah Tadika Services Sdn Bhd.
(b) Sumber duit ABS bagi membuka bisnes distribution dan trading dalam sektor produk keperluan domestik --> Saham pelabur dalam syarikat ABS Khadijah Services Sdn Bhd.
.
+ Duit hanya diperuntukkan untuk membiayai aktiviti-aktiviti bisnes yang menyokong strategi bisnes kita.
Senarai aktiviti itu sudah dikenalpasti dalam dokumen bajet.
Kalau tidak ada dalam bajet, jangan keluarkan duit syarikat bagi membelinya.
Jangan belanjakan duit untuk perkara-perkara yang tidak mempunyai kaitan kuat dengan strategi bisnes kita.
Ini cari nahas namanya!
.
https://www.facebook.com/ainonmohdpts/posts/10152620641493114