Tip persediaan masuk dunia bisnes dengan selamat:
STEP 1: Kita sendiri yang mesti pilih bisnes apa yang kita mahu tekuni.
Jangan termakan cakap-cakap dan pujuk-rayu orang lain. Kita mesti tahu bisnes apa yang kita mahu.
Jangan tergoda, jangan ditelan bulat-bulat cakap agent dari syarikat francaisor ataupun agent dari syarikat kilang OEM.
Jangan main ikut-ikut orang lain. Kita tengok orang membuka resort di tepi sungai, kita pun membuka resort di tepi sungai.
.
STEP 2: Selepas menetapkan jenis bisnes yang mahu ditekuni, pergi berkuli di syarikat seorang yang sudah berjaya dalam bidang itu.
Sebagai contoh, kita mahu menceburi bisnes kilang tauhu kering. Maka kita pergi bekerja dengan towkay kilang tauhu kering.
Berkuli di kilang itu sampai pandai. Berkuli maksimum 6 tahun. Jadikan majikan syarikat itu guru dan mentor.
.
STEP 3: Apabila sudah pandai, beritahu majikan hasrat kita hendak menjalankan bisnes sendiri dalam bidang yang sama.
Seandainya majikan mahu menjadi pemodal dan pemegang saham dalam bisnes kita itu, maka itulah yang bagus diterima.
Seandainya majikan tidak berminat, minta majikan supaya perkenalkan dan rekomenkan diri kita kepada sahabat baiknya yang mungkin berminat melabur dalam bisnes kita.
.
STEP 4: Minta majikan menjadi orang tengah perundingan.
Minta supaya majikan kita yang merundingkan dengan sahabatnya itu formula dan porsi perkongsian saham dan laba dalam bisnes kita itu nanti.
No comments:
Post a Comment