Apabila kita hendak mengeluarkan produk, produk kita itu mesti digemari oleh siapa?
+ Pengguna?
+ Pengedar?
+ Pekedai?
+ Pengedar?
+ Pekedai?
Peniaga Melayu tidak mempunyai ilmu tentang apa yang disebut 'value chain'. Hasilnya, mereka mengeluarkan produk dengan ilmu yang sangat sedikit.
Akibatnya, mereka membakar duit puluhan ribu ringgit bagi membayar kilang OEM yang mengeluarkan produk-produk Melayu.
Yang kaya, towkay kilang OEM.
Yang lehernya terbelit oleh hutang bank, peniaga Melayu yang mengkayakan towkay kilang OEM.
.
+ Pengguna mesti suka membelinya.
+ Pengguna mesti suka membelinya.
Banyak peniaga Melayu hanya memikirkan pengguna mesti suka membeli produknya. Itu sahaja. Lain-lain mereka tidak fikir!
Mereka mahu produk yang pengguna mahu beli. Mereka mahukan pakejing yang menarik di mata pembeli. Mereka fikirkan harga yang sanggup dibayar oleh pembeli.
Ini sangat berbahaya!
.
+ Pengedar mesti mahu mengedarkannya.
+ Pengedar mesti mahu mengedarkannya.
Produk yang ada value kepada pembeli, belum tentu ada value kepada pengedar.
Dalam bisnes, kita tidak boleh membuat produk yang pembeli suka membelinya, tetapi pengedar tidak mahu mengedarkannya.
Pengedar mempunyai kriteria memilih produk macam apa yang mereka mahu mengedarkannya. Pertama-tama, setiap pengedar mempunyai channel masing-masing. Lain pengedar, lain channel mereka.
Produk yang kita keluarkan mungkin tidak sesuai dengan channel pengedar.
.
+ Pekedai mesti mahu mengambilnya.
+ Pekedai mesti mahu mengambilnya.
Produk yang ada value kepada pengedar, belum tentu ada value kepada pekedai.
Kepada pengedar, mereka akan edarkan produk yang pekedai suka ambil sahaja.
Kalaupun kita sanggup beri margin sebesar 50% diskaun kepada pengedar, tetapi jikalau kedai tidak mahu ambil produk kita, pengedar tidak akan pandang sebelah mata kepada produk kita itu.
Pekedai pula mempunyai kriteria sendiri apabila memilih produk yang mereka mahu ambil dari pengedar.
Kedai mereka kecil. Banyak produk lain mahu dipamerkan.
Sebagai contoh, kalau kotak produk kita besar, kedai tidak suka ambil. Kotak besar memakan ruang. Ruang adalah uang!
...