Thursday, 7 May 2015

Apabila kita hendak mengeluarkan produk, produk kita itu mesti digemari oleh siapa?

Apabila kita hendak mengeluarkan produk, produk kita itu mesti digemari oleh siapa?
+ Pengguna?
+ Pengedar?
+ Pekedai?
Peniaga Melayu tidak mempunyai ilmu tentang apa yang disebut 'value chain'. Hasilnya, mereka mengeluarkan produk dengan ilmu yang sangat sedikit.
Akibatnya, mereka membakar duit puluhan ribu ringgit bagi membayar kilang OEM yang mengeluarkan produk-produk Melayu.
Yang kaya, towkay kilang OEM.
Yang lehernya terbelit oleh hutang bank, peniaga Melayu yang mengkayakan towkay kilang OEM.
.
+ Pengguna mesti suka membelinya.
Banyak peniaga Melayu hanya memikirkan pengguna mesti suka membeli produknya. Itu sahaja. Lain-lain mereka tidak fikir!
Mereka mahu produk yang pengguna mahu beli. Mereka mahukan pakejing yang menarik di mata pembeli. Mereka fikirkan harga yang sanggup dibayar oleh pembeli.
Ini sangat berbahaya!
.
+ Pengedar mesti mahu mengedarkannya.
Produk yang ada value kepada pembeli, belum tentu ada value kepada pengedar.
Dalam bisnes, kita tidak boleh membuat produk yang pembeli suka membelinya, tetapi pengedar tidak mahu mengedarkannya.
Pengedar mempunyai kriteria memilih produk macam apa yang mereka mahu mengedarkannya. Pertama-tama, setiap pengedar mempunyai channel masing-masing. Lain pengedar, lain channel mereka.
Produk yang kita keluarkan mungkin tidak sesuai dengan channel pengedar.
.
+ Pekedai mesti mahu mengambilnya.
Produk yang ada value kepada pengedar, belum tentu ada value kepada pekedai.
Kepada pengedar, mereka akan edarkan produk yang pekedai suka ambil sahaja.
Kalaupun kita sanggup beri margin sebesar 50% diskaun kepada pengedar, tetapi jikalau kedai tidak mahu ambil produk kita, pengedar tidak akan pandang sebelah mata kepada produk kita itu.
Pekedai pula mempunyai kriteria sendiri apabila memilih produk yang mereka mahu ambil dari pengedar.
Kedai mereka kecil. Banyak produk lain mahu dipamerkan.
Sebagai contoh, kalau kotak produk kita besar, kedai tidak suka ambil. Kotak besar memakan ruang. Ruang adalah uang!
...

Cara orang bisnes berfikir tidak sama dengan cara 'orang pandai' berfikir.


Cara orang bisnes berfikir tidak sama dengan cara 'orang pandai' berfikir.
Ada satu perkataan yang tidak pernah lekang dalam otak orang bisnes. Perkataan itu adalah 'risiko'.
Mereka yang terdiri daripada 'orang pandai' akan bercakap tentang apa yang 'betul' dan apa yang 'salah'.
.
Bagi orang bisnes, mereka bukan mencari apa yang 'betul' dan apa yang 'salah'. Itu kerja 'orang pandai'.
Orang bisnes berfikir tentang apa yang 'lebih selamat' dan apa yang 'kurang selamat'.
+ Membuka bisnes dengan duit pinjaman bank adalah 'kurang selamat'.
+ Membuka bisnes francais, adalah sangat 'tidak selamat'.
+ Menjadi pengeluar produk secara OEM adalah 'tidak selamat'.
+ Memulakan bisnes pertama dengan membuka kedai adalah 'kurang selamat'.
.

Wednesday, 6 May 2015

Tip persediaan masuk dunia bisnes dengan selamat:

Tip persediaan masuk dunia bisnes dengan selamat:
STEP 1: Kita sendiri yang mesti pilih bisnes apa yang kita mahu tekuni.
Jangan termakan cakap-cakap dan pujuk-rayu orang lain. Kita mesti tahu bisnes apa yang kita mahu.
Jangan tergoda, jangan ditelan bulat-bulat cakap agent dari syarikat francaisor ataupun agent dari syarikat kilang OEM.
Jangan main ikut-ikut orang lain. Kita tengok orang membuka resort di tepi sungai, kita pun membuka resort di tepi sungai.
.
STEP 2: Selepas menetapkan jenis bisnes yang mahu ditekuni, pergi berkuli di syarikat seorang yang sudah berjaya dalam bidang itu.
Sebagai contoh, kita mahu menceburi bisnes kilang tauhu kering. Maka kita pergi bekerja dengan towkay kilang tauhu kering.
Berkuli di kilang itu sampai pandai. Berkuli maksimum 6 tahun. Jadikan majikan syarikat itu guru dan mentor.
.
STEP 3: Apabila sudah pandai, beritahu majikan hasrat kita hendak menjalankan bisnes sendiri dalam bidang yang sama.
Seandainya majikan mahu menjadi pemodal dan pemegang saham dalam bisnes kita itu, maka itulah yang bagus diterima.
Seandainya majikan tidak berminat, minta majikan supaya perkenalkan dan rekomenkan diri kita kepada sahabat baiknya yang mungkin berminat melabur dalam bisnes kita.
.
STEP 4: Minta majikan menjadi orang tengah perundingan.
Minta supaya majikan kita yang merundingkan dengan sahabatnya itu formula dan porsi perkongsian saham dan laba dalam bisnes kita itu nanti.